Ahad, 18 Julai 2010

Pemeriksaan dan rawatan Tank Saltwater






Untuk memastikan tahap kesihatan ikan yang tak mampu bercakap dengan anda sihat sepanjang masa. Maka terdapat beberapa cecair kimia Water Tester di pasaran untuk menyukat kehadiran bahan bahan kimia yang berbahaya kepada ikan. Antara kandungan kimia yang berbahaya di dalam saltwater tank ialah Ammonia, Nitrite dan Nitrate.

Saya menggunakan Water Tester jenama Saltwater Master.harga antara Rm50 ke RM100. Jenama Sera antara yang termahal.
1. ) Ammonia NH3/ NH4 boleh dikesan kehadiranya dengan menggunakan larutan tester ini. Terdapat kad berwarna sebagai kawalan kehadiran Ammonia 0 ppm hingga 5 ppm (tahap bahaya) dalam unit mg/L .


2) Nitrite (NO2) adalah bahan kimia berbahaya untun kehidupan di dalam saltwater selain Ammonia.





















3) Nitrate (NO3) adalah tindakbalas berikutnya setelah kandungan Nitrite (NO3) di dalam air. Merupakan cecair kimia yang wujud didalam saltwater akibat dari tindak balas percernaan lebihan makanan dan najis ikan.


5)Air saltwater yang selamat akan menunjukan kehadiran 0 ppm Ammonia, Nitrite dan Nitrate di dalam air. Tukar air secepat mungkin jika terdapat kehadiran mereka. Untuk mengurangkan pertukaran air disebabkan kehadiran bahan kimia ini. belalah ikan mengikut nisbah tank yang sesuai. Jangan bela terlalu banyak ikan dan coral sehingga tank anda sempit. Lebih banyaj ikan lebih banyak ammonia dan Nitrite akan dihasilkan. Nisbah yang sesuai adalah 1 ekor ikan setiap 10L tank.
6) Apabila ikan ikan ini menerima penyakit bintik bintik putih pada badan mereka. Penyakit ini dinamakan white spot decease. Penyakit ini biasanya berpunca dari punca air yang tidak bersih. atau berjangkit dari ikan baru dari kedai yang baru di masukkan ke dalam tank utama. Penyakit ini jika tidak di ubati segera boleh menyebabkan kematian yang cepat. Saya telah menerima nasib ini dan menyebabkan kematian pada Damsel, Blue tank dan yellow damsel.
















Perasaan agak sedih kerana kesilapan saya memasukkan ikan yellow damsel dari kedai ke tank utama tanpa kuarantin terlebih dahulu. Kesan akibat kematian mereka sangat mendalam. kerana mereka bergembiran dan membesar selama setahun di dalam tank utama. Kegembiraan mereka menjadi tempat melepaskan penat apabila pulang dari kerja. Kehilangan mereka juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada Sofea. Kerana tidak dapat melihat lagi kelibat mereka bermain di celahan coral dan live rock. Namun Nemo dapat diselamatkan dengan bantuan cecair ubat yang bernama Costapur sari Sera. Sayangnya , saya diperkenalkan ubat ini terlalu lambat selepas kematian ikan-ikan lain. Cecair kimia yang terdapat di dalam Costapur ini ialah Malachite green. Berupaya membunuh parasite yang menghinggap di badan ikan menyebabkan iching atau lecuran. Selain itu methylene blue, quinine hydrochloride, and mepracrine hydrochloride juga antara ubatan yang effective untuk membunuh parasit parasit yang mengjangkiti ikan. Tetapi bergantung kepada kaedah rawatan.


























Seperti Costapur Melachite green ini. bahan kimia ini tidak boleh bercampur di dalam tank utama yang menyimpan coral dan shell. Boleh menyebabkan kematian kepada hidupan ini. Maka tank berlainan atau kuarantin tank diperlukan untuk rawatan ini. Ikan yang dijangkiti kena di masukkan ke dalam tank kuarantin ini dan cecair costapur boleh dicampurkan mengikut sukatan harian. Alhamdulillah ubat ini sangat berkesan menghilangkan jangkitan white spot pada ikan lain dalam mase beberapa hari. Air di dalam tank utama perlu dibersihakan apabila kelihatan ikan terkena jangkitan white spot. Actually terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang boleh di jangkiti kepada ikan air masin ini.So sentiasalah memerhati kesihatan ikan anda.
















Cara cara setup saltwater

Setelah mengetahui semua conditioner yang diperlukan. Baru lah kita bersedia untuk melakukan setup air masin untuk tank. Cara-cara setup air masin ini bergantung kepada saiz tank. Setiap sukatan mewakili isipadu air tank. Sekirang tidak pasti sukatan berapa. Kenalah merujuk di bahagain label conditioner atau bungkusan garam. Memang akan tercatat sukatan yang betul tetapi nisbah terpaksalah kira sendiri. Sebagai contoh sekiranya 2ml setiap 2 L air. Sekiranya tank berisipadu 10 L, maka 10ml lah yang perlu digunakan. Contoh lain ..sekirang 500g gram setiap 1L, sekiranya tank berisipadu 10L, maka 10 x 500g = 5Kg lah garam diperlukan. Sebagai permulaan. Pastikan anda menyediakan tank yang bersih dari kotoran dan kuman. Jangan guna sabun untuk membersih tank.

1.) Guna air Reverse Osmosis atau air dari filter air yang sangat bersih. Kalau boleh air yang boleh diminum dari dari filter. Lebih baik air yang dirawat menggunakan ultraviolet. bakteria dan kuman tiada.
2. ) Kemudian masukkan garam sintetik mengikut sukatan yang betul. Timbang menggunkan alat penimbang yang sesuai . Boleh dibeli di kedai serbaneka dengan harga RM12. Pastikan dial gauge yang consistent ketika menimbang. Accuracy tak lari banyak sangat. setakat 10 - 50g kira ok.
2) Setelah garam dilarutkan kedalam tank, gunakan Barometer untuk menyukat tahap density atau ketumpatan air garam dan salinity (kandungan kemasinan garam) supaya ia berada di tahap yang selamat. Boleh gunakan barometer jenis terapung seperti berikut.
Barometer jenis terapung ini terdapat bacaan suhu untuk melihat suhu air tank. Terdapat level berwarna hijau sebagai range selamat untuk ikan. Density atau ketumpatan air masin yang sesuai untuk suhu 25-26 deg C ialah 1020 ke 1029 kg/m3.Berbanding ketumpatan air tawar 1000kg/m3. Temperature yang sesuai untuk ikan nemo, dansel dan blue tank ialah antara 23-26 degC.

3) Saya menggukan kipas sebagai alat penyejuk dengan menggukan kawalan suhu custom made . Walau bagaimanapun, terdapat kipas atau blower di pasaran untuk menawal suhu tank dengan harga antara RM20 ke RM50. Sekiranya tank sebesar 50L, gunalah chiller sebagai alat penyejuk yang harga nya antar RM500 ke RM1000.



4) Gunakan protein skimmer yang simple untuk memerangkakan Protein atau asid amino di dalam air. atau dipanggil organic compound. Kebiasaannya ikan-ikan air masin ini mudah sakit kerana jangkitan bakteria atau tertelan amonia yang disebabkan kandungan air masin bertambah nilai protein dari rembesan makanan yang berlebihan, najis buangan ikan, tindakbalas biofilter dari filter pump, dan rembesan protein dari sesetengah hidupan laut dari Coral, live rock dan bakteria baik dan jahat di dalam air. Alat ini sangat wajib digunakan oleh penggemar ikan air masin di dalam tank. Pelbagai jenis protein skimmer terdapat di pasaran dari harga antara Rm30 ke Rm100. berdasarkan saiz tank dan bilangan ikan yang digunakan. Kaedah asas yang dipraktikan ialah menggunakan bantuan pump angin untuk menghasilkan bubble yang halus kemudian bubble ini akan membawa ikatan protein dalam air ke atas atau memasuki bahagian perangkap protein.
5) Filter air . Ada pelbagai jenis filter yang menggunakan biofilter terdapat dipasaran. Submersible pump filter atau water fall filter. Bergantung kepada anda untuk memilih sendiri filter yang sesuai. Saya menggunakan hang-on water fall filter yang lebih selesa dengan deruman air yang menyeronokkan.Yang penting kos maintenance yang murah...








6) Filter tambahan. Tambahan charcoal hitam kedalam filter boleh mengurangkan kekerapan warna air bertukar kekuningan. Mengekalkan warna jernih tank.


















7) Sebagai permulaan, rasanya setakat ini sahaja peralatan yang diperlukan untuk hobi permulaan membela ikan air masin atau saltwater fish aquarium. Banyak lagi peralatan canggih dan special yang terdapat di pasaran supaya tank atau aquarium lebih nampak cantik dan menarik. Sekiranya anda berminat untuk membela coral hidup yang perbagai species. Animone tidak cukup untuk menambat hati ikan untuk bermain main di celahan coral dan live rock. Jadi UV sterilizer filter dan UV light antara peralatan sesuai untuk memastian coral hidup dengan aman.Terdapat perbagai jenis UV filter di pasaran. Antara harga RM50 ke Rm200 mengikut saiz.




8) kehidupan haiwan coral reef yang sihat akan memperlihatkan suasana yang sangat nyaman di dalam tank anda. Coral yang sihat dan warna yang tertarik. Dengan gerakan ikan yang pantas dan sihat. Semuanya bergantung kepada kita untuk menjaga peralatan ini supaya dalam keadaan bersih dan berfungsi. Kesan air masin terhadapat peralatan ini boleh dilihat setelah beberapa bulan atau minggu. Air masin boleh bertindakbalas dengan peralatan besi dengan mengakibatkan hakisan yang cepat. So elakkan dari meletak benda benda besi yang tidak terlindung dengan cat berhampiran tank dan aquarium anda. Gunakan glass cleaner yang sesuai untuk mencuci glass tank yang telak berkulapok. Kebiasaannya glass aquarium saltwater sangat mudah menerima kesan brown algae atau rust atau berkarat. Elakkan dari terkena cahaya matahari yang banyak. Dan gunakan pencahayaan UV untuk mengurankan kekaratan glass. Saya menggunkan magic magnet scrapper untuk menghilangkan kesan kekaratan pada cermin aquarium. Jangan bimbang...brown algae ini tidak memberi kesan pada ikan.