Ahad, 29 November 2009

Planning pemilihan ikan (Clown Fish)




Ikan yang diminati Sofea dan menasihatkan saya supaya saya membela hero dan anaknya yang bermasalah dalam "the finding Nemo" ialah "Nemo" dari keluarga ikan clown fish atau nama saintifik yang agak sedap didengar amphiprion occellaris clown fish. Ada berbagai bangsa keluarga clown fish ini, semua bergantung pada corak dibadannya....ada yang dipanggil maroon clownfish dan ada yang panggil tomato clownfish dan ada yang panggil nemo atau anemone fish. Mungkin kerana raut wajahnya yang agak kelakar dari hadapan..mulut masam dan mata terbeliak...kerana ini dia dipanggil clownfish. "nemo" adalah nama manja dia bersempena nama dalam "the finding nemo" . Asal nama nemo kerana clownfish ini suka bergesel-gesel,meraba-raba..mengaru-garu pada satu species pokok laut coral yang dipanggil "anemone"..Pada dia ...nyorok nyorok dalam "anemone" kononnya selamat dari ikan-ikan jahat yang lain. Ini kerana "anemone" mempunyai "tentacle" atau sesungut yang boleh menyengat dan mengeluarkan toksid supaya ikan itu lumpuh dan mati...tapi tak pula untuk si clown fish ini. Mungkin advantage kat muka dan rupa dia yang kelakar ini yang mengebabkan " anemone" suka dengan ikan ini..Besar boleh mencapai 10cm, Ph antara 8.0-8.4. Specific gravity antara 1.020 ke 1.024. Suhu air yang boleh ditahan antara 24 hingga 27 darjah celcius sahaja.Hidup antara 3 hingga 6 tahun..Cara berenangnya agak kelakar kerana sebijik macam "the finding nemo" macam ular. Bila berenang bukannyer sirip belakang aje mengibas..badannyer sekali mengibas kekiri dan kekanan...gerakan macam ikan malas dan berat aje..Makan makanan pallet kecik macam blue tang sera marin granulate. So bila nak bela "nemo" ini terpaksa la pulak memikirkan tempat dia bemain...coral anemone yang harganya jugak boleh tahan antara Rm50 ke Rm70. Walaupun begitu...saya dinasihatkan supaya jangan beli clown fish selagi tak beli damsel ....so siapa la si damsel yang hebat sangat ini....

Planning Pemilihan Jenis Ikan (Blue Tang)




Seperti yang telah dicadangkan oleh Sofea Irdina , "Dori" watak di dalam "the finding nemo" adalah sejenis spesis ikan laut keluarga "Tang" ...disebabkan dia kebiru biruan dan hitam..maka dia dinamakan " Blue Hippo Tang atau Ocean Blue Tang"..macam macam nama orang bagi pada keluarga Tang Biru ni..ada yang panggil blue surgeonfish..regal tang.dan macam2x..apepun nama saintifik dia tetap (Parachanthurus hepatus) ..nama nie memang tak sedap...patutlah ada nama manja lain...Saiz boleh mencecah 30cm. Umur tua sehingga 5 tahun atau lebih sikit..PH air yang selesa antara 8.1 ke 8.4, darjah KH antara 8 hingga 12 darjah...kalau kurang kena tambah dKH + dari ubat jenama Sera, produk German. Makan makanan pallet kecil seperti Sera Marin Granulat RM15 -18.. Perangai atau behavior...sebijik macam "dori" yang pelupa...kadang kadang berani keluar kadang-kadang malu...suka menyorok ...berenang sangat laju..tapi tak tahan penyakit "white spot" atau itch..tanda tanda tompok kecil putih pada seluruh badan....mungkin sebab dia suka berbaring atas pasir...rakan baik yang selalu dirapati ialah clown fish..Tetapi ikan ini tidak digalakkan beli di awal beginer macam saya...Ikan yang di syorkan untuk menguji aquariun kita...ialah ikan yang tahan lasak....ikan keluarga "Damsel"...seperti "blue damsel"...


Idea asal bela ikan saltwater..







Saya mula menggemari hobi untuk memelihara ikan air masin dalam akuarium setelah terbangun dari tidor. Ketika turun ke tingkat bawah, terlihat pulak di skrin tv chanel 615 cerita Finding Nemo yang tengah kusyuk ditonton oleh kedua-dua anak kecil Sofea (5 tahun) dan Farish (2 tahun) sambil berbaring. Kedua-duanya menonton tanpa menghiraukan saya disebelah mereka dengan terlekat botol susu perisa coklat pada mulut masing-masing. Sebaik iklan...baru Sofea buat-buat terperanjat terlihat kelibat saya yang dah dekat 20 minit duduk mencangkung di sebelah mereka. Botol susu yang melekat di mulut Sofea mula dicabut dan ayat pertama pagi itu.."Papa..cantekkan kalau ada ikan nemo kat umah"...

Saya terdiam...dan hanya memberikan senyuman pada sofea sambil beredar naik ke atas untuk mandi...

Dan dari itulah datangnya penyakit untuk mengenal rapat teknik-teknik memelihara ikan hiasan air masin (satwater fish) ....ikan yang bermain-main di kepala otak mase itu...(ClownFish and Blue Tang)..sebab merekalah Nemo dan Dori dalam "the finding Nemo"...ilham Sofea Irdina..