Ahad, 18 Julai 2010

Pemeriksaan dan rawatan Tank Saltwater






Untuk memastikan tahap kesihatan ikan yang tak mampu bercakap dengan anda sihat sepanjang masa. Maka terdapat beberapa cecair kimia Water Tester di pasaran untuk menyukat kehadiran bahan bahan kimia yang berbahaya kepada ikan. Antara kandungan kimia yang berbahaya di dalam saltwater tank ialah Ammonia, Nitrite dan Nitrate.

Saya menggunakan Water Tester jenama Saltwater Master.harga antara Rm50 ke RM100. Jenama Sera antara yang termahal.
1. ) Ammonia NH3/ NH4 boleh dikesan kehadiranya dengan menggunakan larutan tester ini. Terdapat kad berwarna sebagai kawalan kehadiran Ammonia 0 ppm hingga 5 ppm (tahap bahaya) dalam unit mg/L .


2) Nitrite (NO2) adalah bahan kimia berbahaya untun kehidupan di dalam saltwater selain Ammonia.





















3) Nitrate (NO3) adalah tindakbalas berikutnya setelah kandungan Nitrite (NO3) di dalam air. Merupakan cecair kimia yang wujud didalam saltwater akibat dari tindak balas percernaan lebihan makanan dan najis ikan.


5)Air saltwater yang selamat akan menunjukan kehadiran 0 ppm Ammonia, Nitrite dan Nitrate di dalam air. Tukar air secepat mungkin jika terdapat kehadiran mereka. Untuk mengurangkan pertukaran air disebabkan kehadiran bahan kimia ini. belalah ikan mengikut nisbah tank yang sesuai. Jangan bela terlalu banyak ikan dan coral sehingga tank anda sempit. Lebih banyaj ikan lebih banyak ammonia dan Nitrite akan dihasilkan. Nisbah yang sesuai adalah 1 ekor ikan setiap 10L tank.
6) Apabila ikan ikan ini menerima penyakit bintik bintik putih pada badan mereka. Penyakit ini dinamakan white spot decease. Penyakit ini biasanya berpunca dari punca air yang tidak bersih. atau berjangkit dari ikan baru dari kedai yang baru di masukkan ke dalam tank utama. Penyakit ini jika tidak di ubati segera boleh menyebabkan kematian yang cepat. Saya telah menerima nasib ini dan menyebabkan kematian pada Damsel, Blue tank dan yellow damsel.
















Perasaan agak sedih kerana kesilapan saya memasukkan ikan yellow damsel dari kedai ke tank utama tanpa kuarantin terlebih dahulu. Kesan akibat kematian mereka sangat mendalam. kerana mereka bergembiran dan membesar selama setahun di dalam tank utama. Kegembiraan mereka menjadi tempat melepaskan penat apabila pulang dari kerja. Kehilangan mereka juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada Sofea. Kerana tidak dapat melihat lagi kelibat mereka bermain di celahan coral dan live rock. Namun Nemo dapat diselamatkan dengan bantuan cecair ubat yang bernama Costapur sari Sera. Sayangnya , saya diperkenalkan ubat ini terlalu lambat selepas kematian ikan-ikan lain. Cecair kimia yang terdapat di dalam Costapur ini ialah Malachite green. Berupaya membunuh parasite yang menghinggap di badan ikan menyebabkan iching atau lecuran. Selain itu methylene blue, quinine hydrochloride, and mepracrine hydrochloride juga antara ubatan yang effective untuk membunuh parasit parasit yang mengjangkiti ikan. Tetapi bergantung kepada kaedah rawatan.


























Seperti Costapur Melachite green ini. bahan kimia ini tidak boleh bercampur di dalam tank utama yang menyimpan coral dan shell. Boleh menyebabkan kematian kepada hidupan ini. Maka tank berlainan atau kuarantin tank diperlukan untuk rawatan ini. Ikan yang dijangkiti kena di masukkan ke dalam tank kuarantin ini dan cecair costapur boleh dicampurkan mengikut sukatan harian. Alhamdulillah ubat ini sangat berkesan menghilangkan jangkitan white spot pada ikan lain dalam mase beberapa hari. Air di dalam tank utama perlu dibersihakan apabila kelihatan ikan terkena jangkitan white spot. Actually terdapat pelbagai lagi jenis penyakit yang boleh di jangkiti kepada ikan air masin ini.So sentiasalah memerhati kesihatan ikan anda.
















Cara cara setup saltwater

Setelah mengetahui semua conditioner yang diperlukan. Baru lah kita bersedia untuk melakukan setup air masin untuk tank. Cara-cara setup air masin ini bergantung kepada saiz tank. Setiap sukatan mewakili isipadu air tank. Sekirang tidak pasti sukatan berapa. Kenalah merujuk di bahagain label conditioner atau bungkusan garam. Memang akan tercatat sukatan yang betul tetapi nisbah terpaksalah kira sendiri. Sebagai contoh sekiranya 2ml setiap 2 L air. Sekiranya tank berisipadu 10 L, maka 10ml lah yang perlu digunakan. Contoh lain ..sekirang 500g gram setiap 1L, sekiranya tank berisipadu 10L, maka 10 x 500g = 5Kg lah garam diperlukan. Sebagai permulaan. Pastikan anda menyediakan tank yang bersih dari kotoran dan kuman. Jangan guna sabun untuk membersih tank.

1.) Guna air Reverse Osmosis atau air dari filter air yang sangat bersih. Kalau boleh air yang boleh diminum dari dari filter. Lebih baik air yang dirawat menggunakan ultraviolet. bakteria dan kuman tiada.
2. ) Kemudian masukkan garam sintetik mengikut sukatan yang betul. Timbang menggunkan alat penimbang yang sesuai . Boleh dibeli di kedai serbaneka dengan harga RM12. Pastikan dial gauge yang consistent ketika menimbang. Accuracy tak lari banyak sangat. setakat 10 - 50g kira ok.
2) Setelah garam dilarutkan kedalam tank, gunakan Barometer untuk menyukat tahap density atau ketumpatan air garam dan salinity (kandungan kemasinan garam) supaya ia berada di tahap yang selamat. Boleh gunakan barometer jenis terapung seperti berikut.
Barometer jenis terapung ini terdapat bacaan suhu untuk melihat suhu air tank. Terdapat level berwarna hijau sebagai range selamat untuk ikan. Density atau ketumpatan air masin yang sesuai untuk suhu 25-26 deg C ialah 1020 ke 1029 kg/m3.Berbanding ketumpatan air tawar 1000kg/m3. Temperature yang sesuai untuk ikan nemo, dansel dan blue tank ialah antara 23-26 degC.

3) Saya menggukan kipas sebagai alat penyejuk dengan menggukan kawalan suhu custom made . Walau bagaimanapun, terdapat kipas atau blower di pasaran untuk menawal suhu tank dengan harga antara RM20 ke RM50. Sekiranya tank sebesar 50L, gunalah chiller sebagai alat penyejuk yang harga nya antar RM500 ke RM1000.



4) Gunakan protein skimmer yang simple untuk memerangkakan Protein atau asid amino di dalam air. atau dipanggil organic compound. Kebiasaannya ikan-ikan air masin ini mudah sakit kerana jangkitan bakteria atau tertelan amonia yang disebabkan kandungan air masin bertambah nilai protein dari rembesan makanan yang berlebihan, najis buangan ikan, tindakbalas biofilter dari filter pump, dan rembesan protein dari sesetengah hidupan laut dari Coral, live rock dan bakteria baik dan jahat di dalam air. Alat ini sangat wajib digunakan oleh penggemar ikan air masin di dalam tank. Pelbagai jenis protein skimmer terdapat di pasaran dari harga antara Rm30 ke Rm100. berdasarkan saiz tank dan bilangan ikan yang digunakan. Kaedah asas yang dipraktikan ialah menggunakan bantuan pump angin untuk menghasilkan bubble yang halus kemudian bubble ini akan membawa ikatan protein dalam air ke atas atau memasuki bahagian perangkap protein.
5) Filter air . Ada pelbagai jenis filter yang menggunakan biofilter terdapat dipasaran. Submersible pump filter atau water fall filter. Bergantung kepada anda untuk memilih sendiri filter yang sesuai. Saya menggunakan hang-on water fall filter yang lebih selesa dengan deruman air yang menyeronokkan.Yang penting kos maintenance yang murah...








6) Filter tambahan. Tambahan charcoal hitam kedalam filter boleh mengurangkan kekerapan warna air bertukar kekuningan. Mengekalkan warna jernih tank.


















7) Sebagai permulaan, rasanya setakat ini sahaja peralatan yang diperlukan untuk hobi permulaan membela ikan air masin atau saltwater fish aquarium. Banyak lagi peralatan canggih dan special yang terdapat di pasaran supaya tank atau aquarium lebih nampak cantik dan menarik. Sekiranya anda berminat untuk membela coral hidup yang perbagai species. Animone tidak cukup untuk menambat hati ikan untuk bermain main di celahan coral dan live rock. Jadi UV sterilizer filter dan UV light antara peralatan sesuai untuk memastian coral hidup dengan aman.Terdapat perbagai jenis UV filter di pasaran. Antara harga RM50 ke Rm200 mengikut saiz.




8) kehidupan haiwan coral reef yang sihat akan memperlihatkan suasana yang sangat nyaman di dalam tank anda. Coral yang sihat dan warna yang tertarik. Dengan gerakan ikan yang pantas dan sihat. Semuanya bergantung kepada kita untuk menjaga peralatan ini supaya dalam keadaan bersih dan berfungsi. Kesan air masin terhadapat peralatan ini boleh dilihat setelah beberapa bulan atau minggu. Air masin boleh bertindakbalas dengan peralatan besi dengan mengakibatkan hakisan yang cepat. So elakkan dari meletak benda benda besi yang tidak terlindung dengan cat berhampiran tank dan aquarium anda. Gunakan glass cleaner yang sesuai untuk mencuci glass tank yang telak berkulapok. Kebiasaannya glass aquarium saltwater sangat mudah menerima kesan brown algae atau rust atau berkarat. Elakkan dari terkena cahaya matahari yang banyak. Dan gunakan pencahayaan UV untuk mengurankan kekaratan glass. Saya menggunkan magic magnet scrapper untuk menghilangkan kesan kekaratan pada cermin aquarium. Jangan bimbang...brown algae ini tidak memberi kesan pada ikan.

Ahad, 13 Disember 2009

Conditioner untuk Saltwater Aquarium

Beberapa rujukan dan study telah di buat melalui internet dan kedai aquarium mengenai conditioner yang sesuai diguina untuk proses awal hobi memelihara ikan air masin ini. Dengan tank hanya sebesar 80 Liter. Antara ubat ubatan yang wajib dibeli ialah
1. Garam laut sintetetik (Brand Red Sea ) atau Instant Ocean (Boleh didapati di kedai ikan - Pet World East Aqua di Mid Valley, Ikano atau mana mana kedai ikan ) Harga 2 kilo Rm 22- 23. Instant Ocena RM8/Kilo mengikut timbang. RM10/kg Red Sea.















2. Stress coat (bahan kimia yang paling penting sekali di dalam air laut untuk mengurangkan strees akibat air beralkali kesan klorin. Juga sebagai pelapik halus untuk kulit dan sisik ikan supaya menyelakkan dari kesan melecur itching dan jangkitan kuman.



3. Nitrabactagen ini berasal dari negara Cina (recomemmed dari pakar ikan laut di Ikano East Aqua .Untuk menggalakkan pembiakan plankton atau organisma baik di dalam air masin tiruan. Juga boleh di dapati brand yang lebih baik.


3. Sera KH/PH Plus (kegunaan untuk menaikkan nilai Darjah KH antara 8 ke 12 degree yang lebih sesuai untuk keselesaan ikan di dalam aquarium.)
Di mulakan dengan mengujji tahap darjah KH air di dalam tank dengan mengambil sample air sebanyak 5ml. Kemudian dititiskan Sera test setitik demi setitik sehingga air sample bertukar warna ke kuning. bilangan titisan tadilah dikira sebagai darjah KH. Sebagai contoh, 12 titis air bermaksud 12darjah KH. Sekiranya titisan kurang dari 8 titis. Maka tambahkan 2ml Sera KH/PH plus kedalam tank anda. setiap 2ml mewakili kenaikan 1 darjah KH. 2ml setiap hari sehingga tahap KH air tank mencapai 8-12 darjah KH.
4) Kertas Litmus (PH Tester)
Kebiasaannya kertas litmus jenis warna ini yang paling mudah untuk mengesan PH air masin di dalam tank. PH yang paling sesuai untuk kehidupan ikan saltwater di dalam tank ialah antara 8.2 sedikit alkali.



Sample air di ambil dan Kertas Litmus direndamkan keseluruhan di dalam sample air selama 5 saat.

5)

Blue Damselfish Ikan Permulaan













Sejenis kategori ikan yang agak agresif. Keluarga Pomacentridae. Boleh mencecah 8 cm panjang. Suka buat sarang di bawah live rock. Warna popular yang terdapat dipasaran ...biru terang dan ada yang sedikit kekuningan. Nasihat dari pakar ikan aquarium
saltwater ...damsel adalah ikan terbaik untuk ikan permulaan di dalam aquarium baru. Lagi pun damsel suka makan white bug di dalam aquarium. White bug ini sekiranya terlalu banyak boleh merumaskan ikan ikan lain. so ada baiknya damsel dipelihara walaupun sifatnyer yang akan agresif dan ganas. White bug yang dimaksudkan adalah copepods atau amphipods. lihat gambar. warnanya putih dan sangat kecil. biasanya melekat di cermin aquarium setelah 2 ke 3 minggu akuarium baru di setup. Walau bagaimanapun whit bug ini tidak membawa penyakit dan tidak merbahaya kepada tangan atau jari kita. Kehadiran white bug ini menunjukkan tank anda sangat baik untuk ikan. Damsel juga agak tahan kepada suhu tinggi mencecah 30 deg. Damsel akan bergaduh sesama damsel dengn menggigit ekor yang lain. So jangan letak 2 damsel dalam satu tank.





Damsel juga sangat penting untuk mengurangkan kehadiran cacing bristle yang sangat digeruni. Rupanya sangat menggelikan...adakala ia dikaitkan dengan fireworm. Cacing yang boleh mencecah panjang 12 inch sangat licik. Sukar dilihat pada waktu siang. Terutamanya lampu dibuka. Dan boleh dilihat apabila lampu ditutup dan suhu dinaikkan ke 29 - 30 deg Celcius. Cacing2x ini akan timbul dan keluar dari sarangnya...kelihatan terlalu banyak dan sangat menggerunkan. Biasanya bristle worm ini suka bersembunyi di bawah pasir atau didalam live rock. Kehadiran nya kekadang di anggap baik kerana penggambarkan hubungan sesama organisma di dalam satu koloni ekologi semakin berkembang. Sebab itu ikan damsel ini penting di dalam aquarium supaya kitaran rantai makanan boleh diseimbangkan. Bristle worm ini kekadang seperti predator atau perosak juga. Kerana ini sangat bahaya kepada coral atau ikan sendiri jika saiznya mencecah 12 inch panjang.







































Ahad, 29 November 2009

Planning pemilihan ikan (Clown Fish)




Ikan yang diminati Sofea dan menasihatkan saya supaya saya membela hero dan anaknya yang bermasalah dalam "the finding Nemo" ialah "Nemo" dari keluarga ikan clown fish atau nama saintifik yang agak sedap didengar amphiprion occellaris clown fish. Ada berbagai bangsa keluarga clown fish ini, semua bergantung pada corak dibadannya....ada yang dipanggil maroon clownfish dan ada yang panggil tomato clownfish dan ada yang panggil nemo atau anemone fish. Mungkin kerana raut wajahnya yang agak kelakar dari hadapan..mulut masam dan mata terbeliak...kerana ini dia dipanggil clownfish. "nemo" adalah nama manja dia bersempena nama dalam "the finding nemo" . Asal nama nemo kerana clownfish ini suka bergesel-gesel,meraba-raba..mengaru-garu pada satu species pokok laut coral yang dipanggil "anemone"..Pada dia ...nyorok nyorok dalam "anemone" kononnya selamat dari ikan-ikan jahat yang lain. Ini kerana "anemone" mempunyai "tentacle" atau sesungut yang boleh menyengat dan mengeluarkan toksid supaya ikan itu lumpuh dan mati...tapi tak pula untuk si clown fish ini. Mungkin advantage kat muka dan rupa dia yang kelakar ini yang mengebabkan " anemone" suka dengan ikan ini..Besar boleh mencapai 10cm, Ph antara 8.0-8.4. Specific gravity antara 1.020 ke 1.024. Suhu air yang boleh ditahan antara 24 hingga 27 darjah celcius sahaja.Hidup antara 3 hingga 6 tahun..Cara berenangnya agak kelakar kerana sebijik macam "the finding nemo" macam ular. Bila berenang bukannyer sirip belakang aje mengibas..badannyer sekali mengibas kekiri dan kekanan...gerakan macam ikan malas dan berat aje..Makan makanan pallet kecik macam blue tang sera marin granulate. So bila nak bela "nemo" ini terpaksa la pulak memikirkan tempat dia bemain...coral anemone yang harganya jugak boleh tahan antara Rm50 ke Rm70. Walaupun begitu...saya dinasihatkan supaya jangan beli clown fish selagi tak beli damsel ....so siapa la si damsel yang hebat sangat ini....

Planning Pemilihan Jenis Ikan (Blue Tang)




Seperti yang telah dicadangkan oleh Sofea Irdina , "Dori" watak di dalam "the finding nemo" adalah sejenis spesis ikan laut keluarga "Tang" ...disebabkan dia kebiru biruan dan hitam..maka dia dinamakan " Blue Hippo Tang atau Ocean Blue Tang"..macam macam nama orang bagi pada keluarga Tang Biru ni..ada yang panggil blue surgeonfish..regal tang.dan macam2x..apepun nama saintifik dia tetap (Parachanthurus hepatus) ..nama nie memang tak sedap...patutlah ada nama manja lain...Saiz boleh mencecah 30cm. Umur tua sehingga 5 tahun atau lebih sikit..PH air yang selesa antara 8.1 ke 8.4, darjah KH antara 8 hingga 12 darjah...kalau kurang kena tambah dKH + dari ubat jenama Sera, produk German. Makan makanan pallet kecil seperti Sera Marin Granulat RM15 -18.. Perangai atau behavior...sebijik macam "dori" yang pelupa...kadang kadang berani keluar kadang-kadang malu...suka menyorok ...berenang sangat laju..tapi tak tahan penyakit "white spot" atau itch..tanda tanda tompok kecil putih pada seluruh badan....mungkin sebab dia suka berbaring atas pasir...rakan baik yang selalu dirapati ialah clown fish..Tetapi ikan ini tidak digalakkan beli di awal beginer macam saya...Ikan yang di syorkan untuk menguji aquariun kita...ialah ikan yang tahan lasak....ikan keluarga "Damsel"...seperti "blue damsel"...


Idea asal bela ikan saltwater..







Saya mula menggemari hobi untuk memelihara ikan air masin dalam akuarium setelah terbangun dari tidor. Ketika turun ke tingkat bawah, terlihat pulak di skrin tv chanel 615 cerita Finding Nemo yang tengah kusyuk ditonton oleh kedua-dua anak kecil Sofea (5 tahun) dan Farish (2 tahun) sambil berbaring. Kedua-duanya menonton tanpa menghiraukan saya disebelah mereka dengan terlekat botol susu perisa coklat pada mulut masing-masing. Sebaik iklan...baru Sofea buat-buat terperanjat terlihat kelibat saya yang dah dekat 20 minit duduk mencangkung di sebelah mereka. Botol susu yang melekat di mulut Sofea mula dicabut dan ayat pertama pagi itu.."Papa..cantekkan kalau ada ikan nemo kat umah"...

Saya terdiam...dan hanya memberikan senyuman pada sofea sambil beredar naik ke atas untuk mandi...

Dan dari itulah datangnya penyakit untuk mengenal rapat teknik-teknik memelihara ikan hiasan air masin (satwater fish) ....ikan yang bermain-main di kepala otak mase itu...(ClownFish and Blue Tang)..sebab merekalah Nemo dan Dori dalam "the finding Nemo"...ilham Sofea Irdina..